Wednesday, December 23, 2015

Biar pecah mulut jangan koyak hati.

Salam.
kali ini aku nak ceritakan pada korang apa yang terjadi 3 tahun dahulu.

cerita ini pada mulanya suatu perkara yang kecil saja. tapi bila dah mengungkit,
Lain lah jadinya.

Ceritanya semudah ini saja sebenarnya,
Aku tidak pergi ke hari graduasi sekolah sebab pada masa itu aku takda duit.

Dan aku pun mengambil keputusan,
"Okay. Aku tak mahu pergi. Takdak duit"

Nak dijadikan cerita,
Abah terjumpa guru kelas aku ketika satu mesyuarat antara guru-guru hulu-langat.
(P/s: ayah saya pun guru jugek. Dan boleh dikatakan "famous".Tu yang cikgu ramai kenal)
Guru kelas aku tanya pada abah, kenapa aku tak pergi hari graduasi.
Sebab rata-rata pelajar semua pergi.

Bila aku balik rumah, abah aku terus panggil aku ke bilik dia.
"Haziqahh.. Mari sini"
"Apasal kau tak bagitahu abah yang kau tak pergi majlis graduasi?"
"Kau tak fikir ke maruah abah?Otak tu letak kat mana?"
"Nanti orang kata abah tak mampu nak bayar untuk anak RM90"
"Kenapa kau tak cakap pada abah!"

Mula-mula aku defense diri aku.Aku katalah aku tak ada duit. 
Nak minta pada abah, takut tak dilayan.
Abah pun terus membebel. Pung pang pung pang

Tetiba dia masukkan perihal pelajaran aku.
"Kau tu. Tahun ni nak SPM."
"Belajar malas, buat kerja malas, semua malas.
"Tengok tv sampai dua tiga pagi!!."
"Tak risaukan masa depan kau ke?"
"Bila orang cakap,menjawab!!"
"Abah penat-penat hantar pergi tusyen. Tapi result teruk jugak!!"
"Abah tak nampak mana usaha kau."
"Cubalah kau jadi macam kakak kau!!"

Pada saat itu, aku genggam erat-erat tangan aku.
Cuba untuk kawal pernafasan yang makin laju.
Degup jantung aku ni laju menderu-deru.

Aku punya sebab kenapa perlu marah.
Bila rasa diri ini tak dihargai.
Bila usaha aku ini orang tak nampak.
Bila semua yang buruk itu aku.
Yang baik, pandai,ramah, cantik itu kakak
Bila orang sentiasa bandingkan aku.
Dan aku akan sentiasa kalah.
Bila aku dibayangi kakak aku.
Cukup aku benci.

"Abah ada nampak ke haziqah tengok tv sampai dua tiga pagi?"
"Lepas pukul 9 haziqah mana ada tengok tv dah."
"Tak percaya, tanya syamil."

Lekas-lekas aku tarik tangan adik aku yang sedang menonton tv diruang tamu.
"Ada aku tengok tv sampai pagi syamil?"
"Ada aku main internet sampai pagi?"
"Tak..mana ada" syamil menjawab.

Masa itu,hati aku puas. Walau dengan berapa patah ayat, aku rasa aku dah defense diri aku

Abah yang dari tadi duduk di kerusi terus meluru ke arah aku.
"Orang cakap kau melawan!!"
Panggggg!!!!
Satu tamparan abah hinggap ke muka aku. 

"Orang tegur kau tapi kau melawan!! Tak nak dengar cakap orang."
"Degil!keras kepala!. Dah pergi masuk bilik sana!"

Aku terduduk didalam bilik.
Danial tetiba call.
Tak ingat dia tanya apa.Tapi bila dah dengar suara aku menahan tangis,
"Zie, are you okay?"
Air mata aku berderai.Menangis semahu-mahunya.

Aku tak kisah abah nak tampar aku. Aku tak kisah abah nak pukul aku sampai birat-birat sekalipun.
Sebab aku tahu. Sakit dipipi,dibadan ini akan hilang.
Sakit di hati ini?
Bila orang yang kau sayang tak percaya usaha kau.
Tak nampak usaha kau.
Bandingkan aku.
Sakit kau tahu.

Ya. Memang abah aku kasar orangnya.
 Dia mahu main reverse psychology sama aku.
Cuma kadang-kadang terlalu pahit untuk aku telan satu persatu.

Tuesday, December 15, 2015

Seorang makcik cleaner

Aku mulakan dengan bismillah sebagai pembuka cerita
Peristiwa ini terjadi ketika aku di tingkatan 4.
Ketika itu, aku sedang menunggu tibanya abah untuk bawa aku pulang ke rumah.
Dari pukul 1.00pm-4.00pm tak muncul tiba. 
Betapa panasnya dalam hati ini bila terkenang semula.

Kira-kira pukul 2.00 petang, hujan turun dengan lebatnya. 
Bayangkan lah pondok menunggu di depan sekolah engku husain tu.
Tak kisah lah duduk dimana. Terkena juga tempias hujannya.

Datanglah seorang makcik cleaner india ni di pondok menunggu tu.
Mulalah dia membersihkan lopak2 air di sekitar pondok.
Seusai dia membersihkan lopak2 air yang ada,
Dia duduk bersama di pondok menunggu itu bersama aku.

Lalu aku terlihat satu sosok tubuh dari luar kawasan sekolah.
Seorang lelaki tua berjalan bersama basikal tuanya 
sambil menjinjit sebuah bekas makanan.
Diiringi hujan yang renyai-renyai memasuki kawasan sekolah.

Lalu dia menghampiri makcik cleaner tadi dan duduk disebelahnya.
Dibuka bekas makanan tadi,mereka makan bersama, gelak ketawa,
Macam pasangan baru bercinta!

Selang beberapa minit kemudian, mereka berlari-lari anak
 keluar dari kawasan sekolah.
Sambil makcik cleaner tadi dipayungkan oleh tangan si lelaki tua tadi.

Bahagia. Gembira. Walau di kocek kosong duitnya,hanya berbasikal lama,
Berbekalkan makanan tak seberapa, mampu gelak ketawa.
Ingat. Bahagia kita, hanya kita yang rasa. 
Bahagia tiap-tiap orang mungkin berbeza.

Mulai saat itu,aku percaya. Wang bukan segalanya.






Thursday, December 10, 2015

Ayuh Bangkit!

     Bangun dari tidur.
Jangan kau terus leka.

Tak payah kau pandang di luar sana.
Cukup di sebelah saja.

Ketika kawan kau sedang berkejar menuju kejayaan,
Dimana kau?
Seiringan dengan mereka atau masih jauh dibelakang sana?

Ingin aku ulang, dunia ni KEJAM.
Tiada tempat untuk orang yang alpa,bodoh.
Kau akan diinjak digula-gulakan jika ilmu didada itu sifar!
Kau mahu?
Terusan menjadi orang yang dibodoh-bodohkan?

Ingat.Diatas sana,ada yang sayangkan kamu. 
Apatah lagi di dunia. 
 Yang sayang kamu.
Yang kisahkan kamu.
Banggakan mereka.
Biar mereka mendabik dada sambil berkata,
"Ya.. itu anak/kakak/abang/adik aku. Aku bangga ada dia"

Tiada perkara yang mustahil di dalam dunia.
The word itself IMPOSSIBLE=I'M POSSIBLE.
So, buckle up!Set your gear, and lets race till the end!

P/s: sambil tulis entry ni, dilatarbelakangkan lagu Yiruma-River flows in you. Tu yang tetibe berkobar-kobar tu!...KAHKAHKAH

Tuesday, October 6, 2015

Tolong Aku.

Kosong.

Saat hati menjadi dingin.
Buntu.Tanpa hala tuju.
Berhenti di tengah jalan.
Melangkah kedepan tak mahu.
Berundur kebelakang terasa kaku.

Tuhan.
Tolong aku.
Kembalikan aku yang dulu.
Sesungguhnya sekarang ini bukan aku.

Aku perlukan nasihat dari ibu.
Aku perlukan lindungan daripada-Mu.
Aku perlukan kawan yang sayang aku.

Sungguh. Hati ini hampir mati.
Tolong. Bangunkan aku.




                                                                                                              -haziqahsf-

Monday, July 6, 2015

la memoir

Just now, aku tengok album lama.
kenangan masa kecil-kecil dulu.
betapa hitamnya aku,betapa nakalnya aku.
Bila ada gambar dengan kakak,
she always look so decent. Dan aku, 
terserlah kenakalannya. Contra betul kami dua beradik.

Ada satu gambar tu, Angah pakai make-up!! 
Dengan lipstik merah mak ngah, blusher pulak macam baru lepas kena penampor!
And satu gambar tu, masa tu aku belum lahir lagi, tapi kakak dah.
Kakak dikelilingi along, angah and alang.
Dah macam bodyguard dah. 

And kalau nak tahu dari mana datangnya kasar aku, dari situ.
Bayangkan kau ada 3 big brother and satu adik lelaki.
Mana tak kasaq!
Angah selalu ugut aku dulu.
"kalau aku tau kau couple2 ni, dekat situ,time tu jugak aku tampar kau".
Tak payah risau angah, Memang takde orang pun nak kat haziqah.
Sayangnya adik laki aku sorang tu lembik sikit. Penakut.
Sebab atas dia ada dua kakak kan?

Kemudian aku terjumpa gambar abah dan kami berlima. 
Masa tu syamil tak lahir lagi.
Aku pun masih bayi. Dekat satu taman tema air.
Betapa erat dia rangkul aku.

Terpaku sebentar bila melihat betapa baiknya along ketika itu,
betapa tembamnya angah.
Memori yang terbina satu masa dulu.

Aku sedar. Aku tak boleh cipta memori baru bersama abah lagi.
Hanya mampu kenang memori lepas.
Betapa banyaknya akan aku lalui hidup ini tanpa abah.

Aku tahu, jauh di sudut hati dia, dia mahu melihat anaknya membesar..
Melangkah ke alam dewasa.
Mampu menegur anaknya jika tersalah langkah.
Ceritakan pahit getir yang dia lalui satu masa dulu,
Melihat anaknya genggam segulung ijazah. 
Punya pekerjaan yang stabil. Mewalikan anaknya yang diijab kabul.
Punya cucu yang comel2.

Abah, memang kejap masa kita bersama.
Tapi tak mungkin haziqah boleh lupa suara abah.
Betapa kami adik beradik takut pada abah.
Betapa abah serba boleh lakukan apa saja.
Betapa ramahnya abah pada kenalan.
Betapa jimatnya abah.

Jujur, haziqah rindu abah.

Tuesday, June 30, 2015

under construction

Yass..Aku kembali menulis.
Blog yang dulu dah lama ditutup. 
Sebab teguran abah yang pedas sangat sampai menusuk ke kalbu.

Gian nak menulis sebenarnya. 
Insyaallah semuanya akan aku kongsi.
Apa yang menarik bagi aku, aku kongsi.

Kau tunggu duduk diam sana.
Bila dah siap blog ni, aku kasi promote kawkaw

But right now, its under constuction.
Ciao guys.


sign off,
zsoff