Wednesday, July 27, 2016

when you try to fit the crowd.

Seperti sedia maklum,
Perangai aku bukan macam gadis- gadis yang diluar sana,
Bukan jenis yang tunduk malu bila di hadapan orang tak kenal,
Yang segan bila ditanya pendapat, 
Tersipu-sipu bila ditegur.

Aku ni jenis yang extrovert.
Yang lantang bila beri pendapat.
Yang mudah bergaul. Yang senang didekat.
Yang cakapnya boleh dengar sepelaung.
Yang kasar lenggok badannya.
Terkadang kawanku label "lelaki".

"Cakaplah dekat aku leklok. Dekat gayah(bukan nama sebenar) kau boleh je cakap leklok"
" Buat apa nak cakap leklok.Kau lelaki.."

Bukan sekali dua aku alami benda ni. Banyak kali.

Sampai satu masa.. Aku rasa aku harus berubah.
Sebab aku rasa kawan lelaki aku nampak aku as lelaki. 
Bukan perempuan yang secara lahiriahnya sinonim dengan perkataan "lemah".
Sebab kadang aku tak mampu tahan gurau mereka, layanan mereka yang terlebih kasar.
Juga sebab tak ada yang cuba dekat dengan aku (well this is embarassing as hell)

Aku cuba lebihkan santunnya. Bergurau biar berpada.
Suara dijaga. Kurang jeritnya.
Aku cuba dua hari je beb.
Tapi aku tak gembira. 
Aku rasa lemas. Sebab aku rasa diri ni dikongkong.
Aku rasa seperti diri dikurung dalam sangkar.
Padahal aku ada kuncinya dan aku sendiri boleh buka pintunya.

Pada masa tu aku rasa,
Ahh. persetan dunia. Aku mahu jadi diri aku.
Biar apa orang kata asalkan aku selesa, bahagia.

Why I have to fit the mold that the society builds if I knew at the first place that I doesn't belong there?
Each of us is unique in our own way. We can't make everyone happy.
Even someone as good as superman has his own enemy. Why won't we, isn't it?
Just chin up, walk confidently, look at the mirror and tell yourself.

"Yes, you are one of a kind. I am proud for being you".