Malam ini,
Atapku ialah awan yang hitam
Dihiasi bintang dan bulan.
Deru ombak disisir pantai,
Lampu kalimantang yang menerangi pejalan kaki,
dari kejauhan lampu kapal
yang menyala bakal belayar di laut dalam
Tapi aku disini.
Sugul, gembiranya tiada.
Seolah aku tak mengagumi ciptaan Dia.
Termenung jauh di hujung pantai sana.
Berdoa agar tuhan kurnia ketenangan jiwa.
-Haziqah SF
6 Ogos 2016
No comments:
Post a Comment